Isnin, 2010 Februari 08

Aku ni memang mudah berubah

Isnin, 2010 Februari 08
Hati manusia mudah berubah. Biasa dengar kan kata-kata ni?

Aku fikir-fikir. Adakah berubah ini kerana tidak tetap pendirian atau sememangnya manusia di'design'kan begitu?

Aku juga dikategori sebagai manusia yang mudah berubah. Berubah hati, perasaan. Cuma, penampilan dan rupa je yang tak berubah. Hehe.

Dan perubahan itu, tak makan masa yang lama. Sekejap sangat. Tanpa alasan yang kukuh. It just happened.

Contoh, daripada aku bersemangat untuk sambung belajar di tempat yang aku idamkan, tiba-tiba aku boleh rasa tawar hati. Mahu fikir kerja je. Cari duit. Fokus itu. Sehingga bangun pagi tadi, perasaan itu sungguh membelenggu. Tapi, ada satu detik masa dalam perjalanan ke tempat kerja, aku boleh ubah keputusan untuk bersemangat semula. Hanya dengan fikir silibus subjek yang bagus, aku terus berubah hati. Kejap gila, beb. Aku pun naik runsing dengan hati ni. Oh cik hati, jangan la asyik berubah-ubah cepat sangat, penat la nak layan.

Macam tu jugak la. Masa atas motor, aku tiba-tiba teringat zaman sekolah. Di Maahad Puteri dulu, setiap pagi akan dipasang rakaman bacaan al-Quran guna speaker kuat-kuat. Jadi, yang naik basikal, jalan kaki, semua boleh dengar dari jarak yang jauh dalam perjalanan menuntut ilmu setiap pagi. Syahdu je. Tambah dulu, masa guna bangunan lama. Sunyi dari jalan-jalan besar.

Tapi, sampai je tempat kerja. Apa aku buat? Cari siaran era.fm online. Memang tak guna betul. Oh, aku tulis entri ni terus rasa insaf. Ye, baik. Tukar channel.

Dalam pada aku tulis pasal berubah-ubah ni. Aku terkenangkan seorang sahabat lama. Aku mengharapkan die ubah hati untuk menjalinkan ukhwah semula seperti dahulu kala. Tu la orang cakap. Tangis di hati siapa tahu. Aku cuba tidak menjadikan isu ini mempengaruhi emosi aku dalam kebanyakan masa. Tapi, siapa tahu hati sering walang mengenangkan. Mana mungkin bergembira meraikan retaknya hubungan sedang kita tahu hukum memutuskan silaturrahim itu sendiri.

Terbaca status Fb sorang junior ni. Insaf bertambah-tambah.

"tiKa waJaH peNaT mmiKirKn DUNIA.. MaKA beRwUduKlh..tiKa tngan Ini leTih meNggaPai citA2.. maKa bErDoaLh..tIka baHu tIdaK kUaSa meMikul amAnah ,maKa bersUjudlH"

Ok, sudahlah. Ada miting@perbincangan lepas ni.

Wassalam.

Jumaat, 2010 Februari 05

Aaku ni betul ke tak ni?

Jumaat, 2010 Februari 05
Semalam ada buat satu post bebelan, tapi, sekadar jadi draf. Nampaknya, bilangan draf hampir menyamai entri yang dipublish.

Dalam minggu yang agak kurang enak sebenarnya. Tiba-tiba aku berasa seperti hilang arah. Tidak pasti apa yang dimahukan dalam hidup. Tercari-cari. Entah. Hidup ada naik turun nya. Memang kena cari satu vacation la ni.

Ok la. Terasa nak beli wafel. Ya.... Oh ya, keropok lekor pagi tadi ada lagi dalam poket jaket..Haha...

Sekian, terima kasih.


Khamis, 2010 Februari 04

Nama saya Adliah

Khamis, 2010 Februari 04
Hati marah. Ngok-ngek sikit barangkali.

Lif rumah dhaif. Menunggu sungguh lama.

Polis trafik yang tak adil. (tak ensem lak tu)

Talipon, orang tak angkat.

Bekal sarapan berkecai dalam box motor. (bekal itu mengandungi cookies yang enak)

Email, orang tak balas. Rasa seperti menunggu bulan turun ke riba. (betul ke perumpaan ini?)

Ok, cukup. Membuatkan mood baik sempena operasi rumah semalam yang best itu terbang entah ke mana.

Sekian. Wassalam.

Selasa, 2010 Februari 02

Dah bulan Februari ye...

Selasa, 2010 Februari 02
Assalamualaikum,

Selamat tengah hari.

Sibuk minggu ini.

Angin tak berapa nak baik.


Terimbau dan terkenang akan sesuatu yang gagal dan takkan dimiliki. Kegagalan adalah sesuatu yang memahitkan. Belajar melupakan juga memeritkan dan memerlukan usaha yang keras. Oh, Tuhan. Singkirkan perasaan ini.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam.

Jumaat, 2010 Januari 29

Daftar

Jumaat, 2010 Januari 29
Tajuk entri tiada kaitan dengan isi post. Aku sekadar tak de idea.

Post kedua untuk hari ini.

Aku punya masalah ini. Sering hadir perbincangan yang berat, hasilnya sukar melelap mata pabila pulang ke rumah. Memikir hal2 berbangkit. Insomnia kah itu? Ingin sahaja, bertapa di bilik, hentikan segala kegiatan lain. Tapi, aku rasa akan kekal jumud berkeadaan begitu.

Perancangan asalnya, masuk UM menghendap banner2 kempen yg besar bergantungan utk ditembak buat kenangan. Hehe~Malang, banner tu dah diturunkan.. Terjumpa pula adik-adik ASMUM promosi diskusi tajuk Kewujudan Allah dengan bukti Sains. Kali pertama seumur hidup aku hadiri program ASMUM dengan kehadiran lelaki>perempuan, hingga tak muat bilik seminar. Tahniah untuk itu!

Tapi, sayangnya. Pengisian harus diberi oleh mereka yang dalam bidangnya. Bahkan penganjur sendiri tidak berada di dalam keseluruhan majlis untuk menilai sejauh mana objektif tercapai.

Aku punya keraguan. Masih mencari-cari jawapan yang pasti. Berkenaan teori evolusi. Sebagai Muslim, kita dimomok untuk menolak bulat-bulat teori Darwin yang mengatakan manusia tercipta dari beruk. Namun, sains berkembang pantas. Saintis yang pakar evolusi (evolutionist) punya hujah yang lebih kukuh mengukuh teori evolusi kini. Dengan apa? Phylogenetic tree. Molecular sequencing. Apa hujah kita menolak teori labah-labah berevolusi kini punya turutan DNA yang sama dengan spesis labah-labah tarantula yang kita tahu wujud ratusan tahun dahulu. Di mana kekuatan kita, jika masih mengguna teori natural selection, efek bottleneck dsb. ? Aku masih tidak tahu jawapannya.Tu la masalahnya Sains ni. Luas sangat. Dinamik.

Ada baiknya, aku kaji semula bidang spesifik di peringkat master ku. Adakah selari dengan apa yang ku mahu...Ah, banyak keje la pulak.

Suatu perkara yang aku sedari. Sejak graduasi. Aku sedar dunia ku makin luas. Setiap hari mendengar dogma-dogma baru, ideologi baru. Proses mengenal diri menjadi bertambah rumit.

Ada masanya, mahu merangkak mengutip pengalaman. Ada masanya, aku mahu berlari mengejar impian. Segalanya semakin rumit kini.

Oh, Allah. Berikan aku panduan!

p/s: Malas la pulak nk tulis bab PRK yang aku jengah td. Esok nak daftar syarikat.

Khamis, 2010 Januari 28

Mengapa?

Khamis, 2010 Januari 28
Mengapa harus bertelagah?
Mengapa harus bermasam muka?
Hanya kerana pandangan yang berbeza

Hakikatnya, kita insan yang tak sempurna

Mengapa mudah menuduh?
Kamu sesat, aku sempurna
Aku sahaja yang benar
Aku yang paling mulia, wajib turuti peganganku

Allah Yang Maha Mengetahui
Siapa kita menilai taraf hamba itu di sisi Penciptanya

Aku doakan perubahan
Aku doakan keterbukaan
Aku doakan kelapangan

p/s: Adakah siasah hanya boleh dengan berpolitik semata?
 
Design by Pocket